Sekadar berkongsi...
Ada kebenarannya mendengar Ustaz yang memberikan ceramah mengenai konflik Israel dan Palestin yang sedang berlaku ketika ini. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Yahudi ini memang tidak berhati perut dan mempunyai hati yang sangat keras seumpama batu. Sedangkan para Nabi yang mulia pun dibunuh dan diburu oleh mereka (contoh seperti Nabi Yahya, Nabi Zakaria dan Nabi Isa. Nabi Muhammad S.A.W. pun hampir dibunuh dengan diracun oleh perempuan Yahudi), jadi tidak hairanlah mereka membunuh penduduk Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, pemuda-pemudi, warga emas dan para wanita. Jadi janganlah kita berasa hairan mengapa mereka (bangsa Yahudi) sanggup melakukan pembunuhan sebegitu besar.
Boikot produk Amerika dan Israel. Seruan tersebut telah dibuat oleh kerajaan dan banyak pihak sebagai protes terhadap tindakan Israel dan Amerika yang menghalalkan darah Palestin. Kita boleh memboikot namun setakat mana yang mampu dibuat? Adakah semua rakyat kita akan menyahut seruan ini? Sekiranya KFC diboikot, bagaimanakah nasib pekerja-pekerjanya yang majoritinya terdiri daripada orang Islam? Bahkan pengurus besarnya juga merupakan orang Islam. Bagaimana pula pemilik-pemilik francaisnya juga yang terdiri daripada orang Islam? Cuba perhatikan pasaraya besar seperti Tesco, Giant dan Carrefour? Siapakah bangsa majoriti yang bekerja disitu jika tidak bangsa Melayu yang beragama Islam. Cuba anda bayangkan adik-beradik anda atau isteri/suami/keluarga anda yang berkerja di pasaraya/restoran berkenaan? Adakah mereka akan berhenti kerja semata-mata hendak memboikot produk Amerika? Adakah mereka ini berkelulusan tinggi yang berkerja di tempat berkenaan? Sedangkan yang berkelulu! san tinggi zaman sekarang pun sukar untuk mendapat kerja. Saya tidak pula membantah kempen boikot ini. Cuma memboikot dengan membuta dan melulu akhirnya yang kena batang hidung adalah kita juga.
Berapa ramai di dalam forum atau di dalam masyarakat kita yang merokok? Sanggupkah anda meninggalkan tabiat merokok anda semata-mata hendak boikot produk Yahudi? Umum mengetahui rokok hanya membazir dah sebahagian adalah produk dari kaum Yahudi. Pengharamannya hanya dipersendakan oleh orang ramai. Kerajaan melarang merokok dikebanyakan tempat awam, tapi perokok selamba sahaja. Kite tengok pengharaman merokok di masjid, selepas sembahyang Jumaat pasti yang ramai berasap selepas 2-3 langkah dari pintu masjid. Kesedaran dan peradaban sahaja yang boleh mencegah gejala ini. Islam telah mengatakan rokok itu haram disisi agama. Mungkin ramai yang perasan tapi ramai yang buat² tak perasan. Orang boikot Coke, tapi orang tak pernah boikot Dunhill atau Salem. Secara terang terangan dia memusnahkan umat Islam, tetapi kerana ramai orang Islam yang sedut Dunhill maka produk ini macam halal je. Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Ben! son & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector?s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d?Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI.
Satu lagi demonstasi jalanan yang diadakan di seluruh negara ketika ini mengutuk Israel dan Amerika Syarikat supaya menghentikan serangan dan sokongan terhadap Palestin. Negara-negara Islam juga tidak terkecuali dalam hal ini dengan mengadakan tunjuk perasaan ini terutamanya di kedutaan Amerika dan Israel. Saya tertarik dengan kenyataan ustaz yang memberi ceramah mengatakan bahawa Amerika dan Israel sekarang ini umpama pekak dan tuli. Banyak desakan dan kutukan dibuat namun serangan dan pembunuhan masih dilakukan. Makna kata kita masih berdemonstrasi seperti membakar bendera Israel dan Amerika dan mengutuk dan mencaci mereka tapi apakah reaksi mereka? Betul kata ustaz umpama Amerika ini pekak dan Israel ini tuli. Mereka tidak mengendahkan kutukan dan desakan negara-negara lain. Kenapa? Sebab mereka tahu desakan, cacian dan kutukan tidak akan memberi sebarang kesan kepada mereka.
Jawapan ustaz tersebut amat menarik perhatian saya. Katanya kita sebenarnya berdemonstrasi dan menunjuk perasaan di tempat yang salah. Sepatutnya kita tunjuk perasaan di kedutaan Mesir, Jordan, Kuwait, Arab Saudi, dan negara-negara Arab lain yang berjiran dengan mereka. Kita sepatutnya mendesak dan bertanya kepada mereka apakah peranan mereka lakukan sebagai saudara dan negara Islam yang terhampir sekali dengan Palestin dalam membantu mereka? Apakah Mesir selaku negara Islam memberi ruang kepada Israel untuk menyerang Palestin dan menutup pintu sempadannya kepada pelarian Palestin?
Dengan menjawab persoalan di atas, boikot sebenarnya tidak akan memberikan kesan yang begitu besar terhadap Amerika dan Israel dalam masa terdekat ini. Peranan yang sebenarnya yang boleh dimainkan oleh OIC dan negara-negara Arab Islam yang lain adalah menghentikan penjualan minyak dan arang batu kepada Amerika Syarikat dan Israel. Inilah sumber kekayaan tanah arab yang digunakan oleh Amerika Syarikat dan Israel bagi menggerakkan peralatan peperangannya menyerang Iraq, Afghanistan dan Palestin. Sekiranya sumber ini disekat, maka sudah pasti Amerika dan Israel akan menghadapi masalah yang amat besar. Pesawat pejuang yang canggih tidak akan dapat bergerak sekiranya kehabisan minyak. Begitu juga kereta kebal, kapal perang dan lain-lain. Itulah sebenarnya kekuatan yang dimiliki oleh orang Islam terutamanya di tanah arab yang mana perkara ini tidak disedari oleh mereka semua. Kenapa? Senang sahaja jawapan ustaz tersebut. Kerana dunia Islam tidak bersatu dan saling bermusuh antara satu sama lain. Itulah sebabnya Yahudi dengan penduduk seramai 14 Juta sahaja di seluruh dunia dapat menindas umat Islam yang berjumlah 1.3 billion sekarang. Jadi, FIKIRLAH....
(Courtesy: Raja Suraya Hanum Bt Raja Aman)
No comments:
Post a Comment